Jumaat, 8 Januari 2010

Soalan 0001

Soalan 1
Dari: Bai
tmpang tanye bro..arnab sy selesema..dh bwk vet suntik antibotik tp ttp x baik..ubat ape yg baik?

Jawapan 1:
Salam Bai, terdapat dua bentuk selsema pada arnab.
1. Disebabkan oleh bakteria
Bagi selsema yang disebabkan oleh bakteria, antibiotik membantu dalam pemulihan.
Selalunya selsema akan pulih jika diberi antibiotik selama 5 hari berturut-turut.
Antara antibiotik yang berkesan ialah Streptomycin dan penicilin

Elak gunakan amoxycilin, ialah merbahaya untuk arnab

2. Disebabkan oleh alergi
Arnab juga boleh menunjukkan simptom selsema akibat alergi. Keadaan ini sama seperti simptom resdung pada manusia.
Keadaan ini selalunya disebabkan kadar habuk yang tinggi pada persekitaran, contoh kadar habuk pada makanan. Ia akan menyebabkan arnab kerap bersin dan disalah anggap sebagai selsema.
Alergi yang tidak dikawal boleh membawa kepada jangkitan sekunder seperti pneumonia.

Kurangkan alergan, ayak makanan untuk membuang habuk.

Rabu, 6 Januari 2010

Salam Uols

Salam,
Blog ni Newhillz sediakan untuk tujuan perbincangan dan pertukaran maklumat di antara pencinta arnab.
Ia juga akan menjadi tempat bagi Newhillz menjawab pertanyaan yang diuja kepada Newhillz oleh pencinta arnab di luar sana.
Harap pembaca dapat menggunakan blog ini sebaik mungkin.


Segala kemusykilan boleh diaju kepada email Newhillz, email: rosaceae9966@yahoo.com


Newhillz akan cuba secepat mungkin untuk membalas pertanyaan yang diterima. Jika ada kelewatan, harap maaf, sebab ada masa NH pun kena jangkitan virus MALAS.....kekekeke... 


Sehingga bertemu lagi....Chiao!